16 November 2022

MIRA FILZAH KENA KRITIK DEK RASA SYUKUR DAPAT BELI TIKET KONSERT BLACKPINK



Semua sedia maklum mengenai konsert jelajah penyanyi kumpulan terkenal Korea Selatan, BLACKPINK yang bakal diadakan di Malaysia pada 4 Mac tahun depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Meskipun ramai merungut harga tiket VIP yang dijual terlalu mahal namun ianya laris selepas sejam dijual buat ahli BLINK.

Ramai yang tidak sabar dan berasa teruja termasuklah pelakon Mira Filzah yang turut memuat naik status memberitahu tidak sempat mendapatkan tiket VIP namun meluahkan rasa syukur berjaya mendapatkan tiket Cat 1.

Klik untuk gambar besar



Malah, dia turut berkata seandainya ada mana-mana peminat yang ingin menjual tiket VIP, boleh beritahu kepadanya kerana barangkali mahu membeli.

"VIP dah sold out. Nervous tekan tekan tadi sekejap terkeluar sekejap suruh masuk balik ID. Adududu. But secured Cat 1. Okay lah. Alhamdulillah. See youuu BP! But tanya je lahhh tanya je eh, siapa nk let go VIP seats bagitahu. #BORNPINKinKL," tulis Mira.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dimana ramai yang tumpang gembira selebriti itu berjaya mendapatklan tiket secara atas talian itu, namun ada yang mengkritik tindakan Mira meluahkan rasa syukur.



Menurut mereka, sepatutnya Mira tidak perlu untuk rasa syukur kerana hal yang dilakukan itu adalah perkara yang melalaikan serta dilarang oleh Allah SWT.

Menerusi komen di Facebook, ada pengguna laman sosial mempersoalkan jika meluahkan rasa bersyukur dapat berjumpa atau bergambar dengan ulama sedap juga mendengarnya.

Dalam pada itu, ada juga yang mempertikaikan jika ada program ceramah berkaitan agama tiada pula mana-mana selebriti meluahkan rasa syukur, mahupun beria mahu pergi.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: