16 November 2022

WAJAH TERKINI FATHIA LATIFF DIPERSOAL



Nampaknya nama pelakon Fathia Latiff kembali menjadi bualan warganet, setelah sekian lama mendiamkan diri dan tiada khabar berita ataupun kontroversi yang terpalit padanya, selepas berkongsi satu foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.


Ini kerana foto yang dimuat naik Fathia menerusi laman Instagram miliknya itu telah menarik perhatian apabila rata-rata pengguna laman sosial mengatakan wajah pelakon 'Ariana Rose' itu tidak sama seperti sebelum ini.

Melihat pada foto yang dimuat naik itu, pelakon berkenaan berpakaian serba biru dari turban yang dipakai serta bajunya. Kata mereka, hidung serta mata Fathia kelihatan sangat berbeza dari dahulu.

Klik untuk gambar besar



Biarpun ramai mempersoalkan wajah Fathia kelihatan berbeza, ada juga pengguna laman sosial yang berkata wajah dia kelihatan berbeza kerana disunting ataupun mengguna filter aplikasi dalam telefon.

Ada yang merasakan wajah Fathia mungkin disebabkan oleh solekan. Tidak kurang juga, ada yang mendakwa sekiranya pelakon itu menjalani sebarang prosedur pembedahan pada bahagian wajahnya.

Tahun lalu, perkongsian Fathia menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan dirinya melakukan suntikan filler di wajah.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: