Pengguna TikTok yang dikenali sebagai Att Yusof baru-baru ini telah memuat naik video dimana dia menggunakan penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz sebagai model untuk mekap. Dalam video singkat tersebut, dapat dilihat wajah Azira Shafinaz sebelum dan selepas mekap.
Bagaimanapun, pengguna laman sosial tampil 'membahan' wajah 'natural' ahli kumpulan Defam itu dan menganggap diri mereka seakan-akan tertipu dengan kecantikan yang ditunjukkan oleh Azira sebelum ini.
Dalam pada itu, ada juga segelintir pengguna laman sosial yang memuji kecantikan Azira walaupun tidak mengenakan sebarang mekap.
"Cantiknya tak mekap pun dah cantik semulajadi." - "Dia seriously cantik," kata seorang lagi warganet.
Klik untuk gambar besar
________________________
No comments:
Post a Comment