16 November 2022

"SEBELUM INI MACAM HIDUNG MICHAEL JACKSON" - PEMINAT SUKA HIDUNG LANA NODIN YANG TERKINI, NAMPAK 'NATURAL'



"Actually saya lagi suka hidung yang sekarang ni. Nampak natural & tak nampak macam buat plastic surrgey pun. Hebat gila doctor ni. Compare to sebelum ni macam hidung MJ (Michael Jackson)," demikianlah komen peminat memuji hidung pelakon Lana Nodin yang sekarang.


Dalam pada itu, Lana tampil membalas komen berkenaan dengan berkata hidung sebelum ini buruk kerana telah terkena jangkitan kuman.

"Hidung tu infection, MJ pun kena infection pasal tu hidung dia macam tu," ujar isteri kepada Mohd Daud McKienzie itu.

Selain pujian, ada juga yang bertanya, adakah Lana akan berasa sakit jika hidungnya itu digosok dengan kuat.

Jawab Lana: "Sekarang tak boleh ganas-ganas lagi tunggu tiga bulan baru boleh gosok-gosok. Sekarang just biasa-biasa saja masih lembut.".

Klik untuk gambar besar



Kemudian, Lana turut memberitahu yang dia juga akan membuat perbandingan rupa hidungnya sebelum dan selepas dalam bentuk video.

Sebelum ini, menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, ibu kepada dua cahaya mata ini menunjukkan kondisi terkini hidungnya itu ketika berada di sebuah pusat perubatan. Melihat pada video yang dikongsikan, doktor memeriksa keadaan hidung baharu Lana selepas luka pembedahan sembuh.

Setelah menjalani pembedahan membetulkan hidung tidak lama dahulu, Lana yang sebelum ini memaklumkan bahawa dia gembira kerana proses tersebut berjalan lancar dan tidak merasai sebarang kesakitan itu nampaknya menerima komen positif apabila ramai peminat memuji keelokan hidung pelakon itu yang baharu.

Terdahulu, Lana memaklumkan pembedahan kali keempat dilakukannya menggunakan tulang rusuk berbanding silikon atau plastik kerana sering terkena jangkitan.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: