17 November 2022

SEBELUM PERGI MENGHADAP ILAHI - SALAMIAH HASSAN SEMPAT TERIMA UCAPAN TERAKHIR GERRY HUGHES



Penyanyi veteran, Salamiah Hassan sempat menerima ucapan terakhir arwah suaminya, Gerald Hughes atau Gerry, 68, melalui panggilan telefon sebelum menghembuskan nafas terakhir beberapa jam kemudian.


"Saya cintakan awak, jumpa tak lama lagi," itu ungkapan terakhir arwah suami Salamiah.

Allahyarham Gerry meninggal dunia akibat kanser kolon di Burnie, Tasmania, Australia, pada 4 November lalu, ketika Salamiah berada di Malaysia untuk menjayakan persembahan pada sebuah acara. Salamiah kemudiannya bergegas pulang ke Burnie sejurus mendapat berita pemergian Gerry.

Anak Salamiah, penyanyi Atilia Haron yang ketika ini menemani ibunya di Burnie berkata, ibunya sering teringatkan Allahyarham berikutan tidak berada di sisinya ketika menghembuskan nafas terakhir.

"Biarpun mama dan arwah hanya sempat dua bulan mendirikan rumah tangga, namun mereka adalah 'loving couple' (pasangan penyayang). Sudah tentu mama sangat sedih. Apatah lagi, malam sebelum pemergiannya, mereka berbual seperti biasa.

Klik untuk gambar besar



"Arwah sempat mengungkap kata 'saya cintakan awak, jumpa tak lama lagi.' Namun, siapa sangka, itulah ayat terakhir arwah sebelum pergi buat selama-lamanya. Namun, mama reda jodohnya ditakdirkan hanya dua bulan. Sekarang, mama tidak menangis lagi, malah semakin tenang. Alhamdulillah," katanya.

Nyata, pemergian mengejut Gerry yang berasal dari Liverpool, United Kingdom (UK) itu membenam kesedihan mendalam buat Salamiah yang cukup popular dengan lagu 'Gelombang' dan 'Menghitung Hari' itu. Apatah lagi, mereka baru dua bulan mengecap nikmat alam rumah tangga.

Sementara itu, Atilia atau nama penuhnya Raja Putri Atilia Raja Haron, memberitahu, ibunya sempat melihat arwah suami buat kali terakhir sebelum disemadikan.

"Mama pulang sejurus mendapat berita pemergian arwah. Ahli keluarga menunggu ketibaan mama sebelum mengebumikan arwah tempoh hari. Paling bersyukur, jenazah arwah dapat disempurnakan sebagai saudara Islam. Alhamdulillah," jelasnya.

Atilia yang tiba di Burnie, Sabtu lalu bagi menemani ibunya selama seminggu itu bersyukur melihat ibunya kuat berdepan ujian pemergian insan dicintai.

"Saya gembira dapat menemani mama, biarpun tidak lama. Mama adalah sahabat baik saya, mana mungkin saya membiarkannya mengharungi saat sukar. Saya akan pulang ke Malaysia, Ahad ini. Bagaimanapun, saya pulang seorang.

"Mama belum buat keputusan, sama ada menetap di Burnie atau pulang ke Malaysia. Mama masih buat pertimbangan. Mama suka dan tenang tinggal di kediaman peninggalan arwah, tetapi tengoklah keadaan pada masa akan datang.

"Mama menziarahi pusara arwah, setiap hari. Mama tidak putus-putus berdoa untuk arwah. Mungkin mama mahu menghabiskan banyak masa untuk berada di sisi arwah, sebelum membuat keputusan," tuturnya.

Selepas 35 tahun hidup solo, Salamiah menikahi Hughes pada majlis ringkas di Burnie pada 1 September lalu. Berkenalan dengan arwah yang juga duda dan memiliki tiga cahaya mata sejak 15 tahun lalu.

Hubungan mula rapat sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila mereka kerap berhubung dalam talian, sebelum Allahyarham melamar Salamiah, Julai lalu.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: