20 November 2022

KEPERIBADIAN DA'I SYED YANG LEMBUT, MULIAKAN ULAMA & GEMBIRAKAN IBU BUAT HANA ISMAIL TERTARIK



"Meskipun perkenalan kami singkat, Alhamdulillah segalanya berjalan baik atas izin Allah SWT. Keperibadian Syed yang lembut dalam tuturnya dan memiliki pengetahuan dalam bidang agama Islam membuatkan saya menerima lamarannya.


"Dalam masa sama, Syed sangat takzim dan memuliakan ulama juga sering menghadiri majlis ilmu dan jalan kami serupa. Paling utama saya jatuh hati dengan cara dia menjaga dan menggembirakan ibunya."

Itulah kata pengacara TV Al-Hijrah, Hana Ismail yang akui dia tertarik menjadikan Da'i Syed sebagai bakal suaminya selepas melihat keperibadian pendakwah bebas itu.

Jelas Hana, selain keperibadian Syed, bakal suaminya itu turut memiliki pengetahuan dalam Islam yang membuatkan dia menerima lamaran pendakwah bebas itu.

Klik untuk gambar beras



Hana turut berkongsikan mengenai sesi taaruf yang diadakan pada Oktober lalu dimana dia selepas sesi itu berlangsung dia membuat solat Istikharah untuk meminta petunjuk daripada Allah.

"Sesi berlangsung dalam satu jam. Selepas itu saya membuat solat Istikharah memohon petunjuk Allah sebelum membuat keputusan menerima lamaran. Begitu juga dengan Syed yang menunaikan solat Istikharah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya," ujarnya.

Bagaimanapun, Hana tidak berkongsikan mengenai tarikh pernikahannya yang akan berlangsung tidak lama lagi, sebaliknya dia memohon agar majlis pernikahannya nanti dipermudahkan.

"Saya mohon doa terbaik dari semua agar majlis pernikahan kami nanti berjalan lancar dan penuh barakah. Insya-Allah saya akan uar-uarkan nanti. Doakan kami," tuturnya.




________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: