28 November 2022

KINI BERGELAR IBU BAPA - AZZAM SHAM & SHERYL SHAZWANIE TIMANG BAYI PEREMPUAN



Tahniah diucapkan kepada pasangan penyanyi Azzam Sham, 25, dan Sheryl Shazwanie, 23, yang kini bergelar ibu bapa apabila anak sulung mereka, bayi perempuan selamat dilahirkan secara pembedahan dengan berat 2.89 kilogram sekitar jam 9.45 malam Ahad di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.


Berita gembira itu dikongsikan Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzamuddin Lop Hisham yang meluahkan rasa syukur apabila proses kelahiran anak mereka dipermudahkan.

Menerusi Instagram Story, Azzam berkongsi foto Sheryl berada dalam wad di hospital, diikuti video dia menunggu untuk masuk ke dewan pembedahan dan dikongsikan juga foto bayi mereka yang wajahnya ditutupi bunga.

Mengenai pengalaman menyambut kelahiran anak mereka, kata Azzam dia berpeluang berada di sisi Sheryl dalam bilik pembedahan. Kata Azzam, dapat menyaksikan sendiri proses pembedahan membuatkan dia insaf selain tidak dapat membayar harga pengorbanan isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.

Klik untuk gambar besar



"Terima kasih diucapkan pada semua yang mendoakan kesihatan Sheryl dan bayi kami. Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan lancar dan dipermudahkan. Saya pun berpeluang menemani Sheryl.

"Sangat teruja sudah bergelar bapa. Gembira sangat dan secara tidak langsung tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga bertambah. Apapun, syukur tak terhingga ke hadrat Allah.

"Sebenarnya masih terkejut lagi sekarang ini. Dalam masa sama saya amat gembira. Saya dapat masuk ke bilik pembedahan dan bersama isteri. Melihat doktor menyambut anak kami, mendengar bayi menangis adalah satu pengalaman yang tak akan saya lupakan. Ia satu yang sangat berharga buat saya," tuturnya.



Untuk makluman, Azzam dan Sheryl selamat bernikah pada 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor selepas bertunang pada 30 September tahun lalu. Mereka juga sudah berkawan rapat selama enam tahun apabila bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama.

Sebelum ini, berita kehamilan Sheryl pada Mac lalu tidak dikongsikan oleh Azzam lebih awal meskipun sudah terlihat 'baby bump' penyanyi lagu 'Perasaan' itu kerana mengikut nasihat keluarga.

Pasangan ini mengumumkan bakal menyambut cahaya mata pertama mereka pada Julai lalu ketika usia kandungan Sheryl memasuki lima bulan.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: