28 November 2022

DAH PAKAI INAI - SYIFA MELVIN & SAFAWI RASID TERIMA UCAPAN TAHNIAH



"Ada rezeki, jodoh, saya akan berkahwin. Korang jangan risau, stay tuned," kata pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rashid, 25, ketika menjawab soalan peminat di TikTok.


Teka-teki soal tarikh pernikahan pelakon dan pempengaruh Syifa Melvin bersama Safawi semakin hangat diperkatakan apabila pasangan berkenaan diraikan dalam sebuah majlis berinai.

Syifa yang merupakan adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini turut berkongsi tentang majlis berinai itu di laman sosial miliknya. Apa yang menarik perhatian, jari pasangan ini juga sudah memakai inai seperti petanda majlis sebenar sudah hampir.

Majlis yang dipercayai berlangsung pada malam Ahad itu turut memperlihatkan Syifa dan Safawi turut diraikan oleh keluarga dan rakan terdekat.

Klik untuk gambar besar



Namun begitu, pasangan ini memilih mengunci mulut berhubung tarikh sebenar mereka disatukan sebagai suami isteri dan meminta peminat menunggu sekiranya ada berita baik daripada mereka.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirul Melvin, 28, memberitahu sengaja merahsiakan soal hari pernikahan tersebut dan membiarkan peminat tertanya-tanya selepas heboh diperkatakan majlis resepsi mereka bakal berlangsung pada 3 Disember ini.

"Penat kami simpan rahsia tetapi kantoi juga. Tidak mengapa, biarkan sahaja sebab itu kami pun mendiamkan diri. Kalau tarikh itu, anda nak percaya, percayalah. Hangpa tunggulah 3 Disember ini, ada ke tidak," ujarnya menerusi siaran langsung di Instagram miliknya baru-baru ini.



Sementara itu, ada mendakwa pasangan tersebut bakal disatukan pada malam Isnin dan perkongsian mengenai majlis berinai itu membuatkan ramai mengucapkan tahniah dan mendoakan agar pasangan tersebut dipermudahkan urusan melangkah ke alam perkahwinan.

Difahamkan, majlis pernikahan berkenaan akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya pada jam 7 malam sehingga 11 malam ini, dengan tema pakaian serba putih dan menutup aurat.

Terdahulu, kisah perancangan perkahwinan pasangan ini menjadi bualan ramai dan beberapa tarikh turut disebut-sebut, sebelum tersebar kad undangan majlis pernikahan dan resepsi.

Sebelum itu, majlis perkahwinan yang dikhabarkan semakin hampir juga sudah dihidu lebih awal oleh penyokong JDT apabila Safawi dikejutkan dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, baru-baru ini.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: