28 November 2022

KEDUDUKAN SHILA AMZAH NO. 3 & HAZRUL NIZAM NO. 6 BUAT PEMINAT TAK PUAS HATI



Semua sedia maklum, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) sudah pun melabuhkan tirainya dengan menobatkan Jaclyn Victor sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai RM100,000.


Namun, apa yang menjadi bualan di laman Twitter, apabila ada pengguna laman sosial mempertikaikan kedudukan Shila Amzah yang mendapat tempat ketiga, dimana rata-rata mereka berpendapat penyanyi itu sepatutnya berada di tempat kedua berbanding Bob Yusof.

Ada ada pengguna laman sosial mendakwa, bagaimana Bob boleh berada di tempat kedua sedangkan penyanyi itu melihat lirik daripada monitor berbanding Shila yang menghafal semua lagu.

Klik untuk gambar besar



Dek kerena itu, ada yang menyifatkan keputusan tersebut tidak adil, malah berpendapat jika Shila berada dalam keadaan sihat dan tiada masalah tonsil, pasti akan menjadi juara bersama Jaclyn Victor.

Dalam pada itu, ada pengguna laman sosial turut tidak berpuas hati apabila Hazrul Nizam berada di tempat keenam. Kata mereka, pada pusingan pertama, Hazrul telah melakukan yang terbaik dan di pusingan battle juga dilihat menyerlah.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: