19 November 2022

MALANG TAK BERBAU - MARYAM TERGELINCIR JATUH TANGGA SEMASA TEMAN RYZAL MENGUNDI



"Allahuakhbar.. Maryam tergelincir jatuh tangga semasa mengundi tadi, kepala dan belakangnya terhantuk.

"Baru siap pemeriksaan, Alhamdulillah tiada pendarahan dalaman, cuma bengkak di kepala, sakit belakang dan sedikit pening akibat hentakan di kepalanya.


"Hati-hati wanita yang naik tangga di sekolah semasa mengundi, pakai kasut yang bersesuaian agar kejadian begini tidak berulang."

Itulah tulis selebriti media sosial dan Youtuber DurianKimchi, Ryzal Ibrahim mengenai isterinya iaitu Maryam You Narae yang mengalami kecederaan ringan apabila tergelincir ketika sedang menuruni anak tangga selepas menemaninya membuang undi pada Sabtu.

Dalam hantaran di Instagram Stories Maryam pula, ibu kepada seorang cahaya mata itu menunjukkan kesan cedera ringan di jari dan bahagian belakang pinggulnya.

Malah, Ryzal dalam hantaran berbeza turut menasihati isterinya itu agar tidak terlalu asyik memandang telefon ketika sedang berjalan terutamanya sedang menuruni tangga.

Klik untuk gambar besar









 

KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: