19 November 2022

INI UCAPAN ISTIMEWA DATIN ALYAH BUAT RAMLI MS SEMPENA HARI LAHIR KE-64



"Happy birthday @tokram_ramlims. Semoga sentiasa berada dibawah perlindungan Allah swt dunia dan akhirat 🤲. Tahun ni tak ada surprise2 🎉🥳 concept terus terang aja katanya 🤪🤪🤪.


"💁‍♂️ Bila ditanya apa tu? 💁‍♀️ I pon jwb cake 🎂 hari jadi u. Nanti mlm makan ngan kawan ya 😁😁😁 dah mcm Aqqil plak den buat laki den ni 🤗🤗.

"Allah swt berikan kamu utk aku blaja mengenal Allah swt. Allah swt berikan kamu utk aku tahu apa itu sabar.

"Allah swt masih berikan Aku bersama kamu utk aku ketahui Bahawa aku juga manusia biasa bila bila saja mampu lakukan kekilafan.

"Allah swt maha hebat diberikan pelbagai rasa dlm rumahtangga ini utk aku tahu siapa yg terbaik buatku 🥹🥹🥹.

Klik untuk gambar besar



"I sayang u nie (honey) 🤗🤗🤗," demikian tulis penyanyi Datin Alyah yang mendedikasikan satu ucapan yang cukup istimewa buat suami tercinta, pengarah muzik popular Datuk Ramli MS sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-64 tahun semalam.

Alyah berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran terbaharu di laman Instagram miliknya. Dalam pada itu, Alyah turut memuat naik satu video memperlihatkan gelagat Ramli yang sedang sibuk bermain snuker sebelum menantikan detik jam 12 tengah malam bagi menyambut hari lahirnya.

Untuk makluman, Ramli dan Alyah telah mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis secara tertutup di Indonesia pada 18 Mac 2013.

Terdahulu, Ramli telah mendirikan rumah tangga pertamanya bersama seorang produser muzik, Jennifer Thompson dan mereka berdua telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Najee Ramli dan Nadiah Ramli.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: