19 November 2022

MUNCUL DALAM MV BARU ALVIN CHONG - JANNA NICK & DINI SCHATZMANN DAH PUTUS ATAU GIMIK?



"Tak putus lagi ke? Harap mereka ke jenjang pelamin dan hubungan mereka kekal selamanya," antara komen pengguna laman sosial mengenai status hubungan pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann yang menjadi perhatian selepas kedua-dua mereka dilihat muncul dalam video dikongsikan rakan artis, Alvin Chong di TikTok miliknya pada malam Jumaat.


Ini kerana sebelum ini, hubungan pasangan itu hangat diperkatakan dan menjadi tanda tanya selepas Janna memuat naik hantaran memberi bayangan seolah-olah hubungan mereka sudah berakhir.

Menerusi video tersebut, Janna dan Dini dilihat menari bersama-sama mengikut rentak lagu terbaharu Alvin berjudul 'Mengapa Ku Rasa Terseksa'.

"Tah la siapa yang tulis lirik," tulis Alvin pada bahagian kapsyen video berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada video tersebut sudah dirakam sebelum Janna memberi bayangan tentang hubungannya dengan Dini.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen video tersebut, ada dalam kalangan pengguna laman sosial merasa sangsi dakwaan hubungan pasangan itu sudah berakhir dan ia sekadar publisiti.

Terdahulu, selepas membuat status hubungannya dengan Dini, Janna dikatakan membawa diri ke Eropah kerana mahu mencari ketenangan ketika percintaannya hangat diperkatakan pengguna laman sosial malah aktres itu sudah tidak mengikuti Dini di Instagram.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: