"Assalamualaikum... Dukacita saya dan keluarga ingin memaklumkan bahawa abang saya, Zulfazli Ibrahim telah menghembuskan nafas terakhir baru sebentar tadi. Mohon dapat sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan doakan urusan arwah dipermudahkan," kongsi Zamani Slam mengenai abangnya Zulfazli Ibrahim yang meninggal dunia pada malam tadi.
Untuk info, pada 7 November lalu Allahyarham ada melawat Zamani sebelum adiknya itu menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit scoliosis di Sunway Medical Centre Velocity, Cheras.
Apa yang menyedihkan, pada 26 September lalu, Zamani juga kehilangan kakaknya Zuraidah Ibrahim akibat komplikasi buah pinggang.
Al-Fatihah..!
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment