18 November 2022

AJAR QARIAH TEKNIK PERNAFASAN - SYAFINAZ TERIMA PUJIAN



Menerusi satu video yang dikongsikan di media sosial baru-baru ini, penyanyi dan guru vokal iaitu Datuk Syafinaz Selamat dilihat bersungguh-sungguh mengajar teknik pernafasan yang betul buat qari dan qariah dalam satu kelas tarannum.


Dalam video tersebut, dapat didengar bacaan tarannum qariah itu lebih baik selepas mengikut saranan Syafinaz. Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang tampil memuji serta meluahkan rasa kagum dengan Syafinaz.

Selain pujian, ada juga yang mendoakan agar Syafinaz mendapat pahala yang berganda-ganda kerana membantu para qari dan qariah.

Klik untuk gambar besar



Kebiasaannya kita melihat Syafinaz menjadi juri dalam sesebuah pertandingan, sememangnya ramai tidak menyangka Syafinaz yang juga pensyarah muzik itu turut mengajar qari dan qariah.

Sementara itu, perkongsian seorang ustazah yang turut mengikuti bengkel di Akademik Tarannum Negeri Sembilan itu mengucapkan terima kasih kepada Syafinaz di atas ilmu yang diberikan.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: