18 November 2022

KONGSI VIDEO PERBUALAN - ADAM SHAHZ DITEGUR TANYA ANAK "MOMMY TIDUR DENGAN SIAPA?"



Isu membabitkan pelakon Adam Shahz dengan bekas isterinya, Fatin Afeefa nampaknya tiada kesudahan, meskipun aktres itu didakwa kini sudah bertunang selepas memuat naik perkongsian di laman Instagram.


Baru-baru ini, Adam ada memuat naik video perbualannya dengan anak mereka iaitu Ivy Herra Sophia. Menerusi video itu, Adam mendakwa ini punca dia tidak boleh berjumpa dengan anaknya kerana bimbang anak akan mengadu mengenai kelakuan bekas isterinya.

Dalam perbualan itu, Adam bertanyakan situasi Ivy yang tidak tidur dengan ibunya tetapi dengan abangnya, Adam Aisy Arrian.

Klik untuk gambar besar



"Habis tu you tidur dengan mommy?" tanya Adam.

"Kadang-kadang tidur dengan mommy tapi kebanyakan masa tidur dengan Ayyan (Arrian) dalam bilik lain sebab mommy suruh," kata Ivy.

Mendengar jawapan Ivy itu, Adam bertanyakan lagi soalan ibunya tidur dengan siapa jika tidak tidur dengannya.

"Lepas tu, mommy tidur dengan siapa?" tanya Adam lagi

"Dengan mommy punya boyf..." tutur Ivy.



Perkongsian Adam di aplikasi TikTok itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang meluahkan rasa kurang senang serta tidak bersetuju dengan tindakan aktor itu bertanyakan soalan sedemikian.

Malah, pengguna laman sosial turut mempersoalkan tindakannya itu yang memuat naik video berkenaan selepas tular video di Insta Story bekas isterinya yang dikatakan bertunang.

Diruangan komen, ada netizen mengatakan bahawa kanak-kanak memang tidak tahu berbohong namun adakalanya mereka hanya bercakap sahaja serta cakap berbelit.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: