Selepas mencipta populariti di Indonesia, penyanyi Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, kerap berulang alik ke Jakarta dan seperti rumah keduanya.
Namun, Baby Shima sering menerima kecaman netizen Malaysia susulan pelbagai kontroversi panas terpalit dirinya serta tariannya yang sering menimbulkan rasa kurang senang pengguna laman sosial.
Meskipun Baby Shima sering dikecam, namun dia tidak terkesan, sebaliknya dilihat lebih selesa menjadi diri sendiri.
Baru-baru ini, Shima dilaporkan berada di Indonesia bagi menghadiri sebuah program bersama beberapa pelawak terkenal di negara seberang itu.
Klik untuk gambar besar
Shima menerusi aplikasi TikTok miliknya ada memuat naik video dirinya menari dengan menulis kapsyen bahagia 'bergoyang' di Indonesia.
Perkongsian Baby Shima itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang memuji kecantikan penyanyi itu. Tidak kurang juga ada yang berharap Shima terus menetap di negara itu.
Terdahulu, Baby Shima mengakui layanan diterima dari netizen kedua-dua buah negara berbeza apabila peminat dari Indonesia lebih menghargainya hingga sanggup datang dari jauh untuk ke konsertnya.
________________________

No comments:
Post a Comment