03 November 2022

MAS IDAYU TUNJUK MANJA DENGAN SUAMI - ADA YANG SERONOK, ADA PULA KECAM 'TRY HARD'



Penyanyi Mas Idayu dan suaminya, Muhammad Sufian Che Isa masih lagi dalam fasa bulan madu, selepas baru sebulan lebih mendirikan rumah tangga iaitu pada 16 September lalu.


Bagaimanapun, baru-baru ini video yang dimuat naik Mas Idayu yang selesa membahasakan dirinya mummy itu menjadi perhatian apabila ia memaparkan penyanyi itu menggayakan pakaian bertemakan Bollywood.

Video tersebut turut memperlihatkan 'drama' suaminya dikacau oleh rakan-rakannya. Kemudian Mas Idayu menarik lengan sahabatnya dan lari memeluk segera suaminya seakan enggan melepaskan.

Seperti sudah dijangka, perkongsian Mas Idayu itu seolah menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengecam tindakan penyanyi itu didakwa seolah mahu menunjuk manja dengan suami.

Klik untuk gambar besar



Tindakan Mas Idayu yang mahu bermanja itu dikecam kononnya terlalu mencuba untuk menunjukkan kebahagiaan dengan suaminya.

Namun, ada juga peminat yang seronok melihat gelagat Mas Idayu yang dilihat bahagia bersama suami.

Apa pun, pasangan itu masih dalam mood pengantin lagi dan mungkin mereka hanya bergurau sahaja.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: