"Saya rasa sakit pada sebelah kiri perut. Badan terasa sangat lemah sampai beberapa kali nak gelap mata. Selepas selesai 'ground event' Suria FM semalam, saya terus bergegas ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
"Saya juga bakal menjalani beberapa ujian termasuk ulstrasound dan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) untuk kenal pasti masalah ini," ujar penyampai radio popular, DJ Lin yang terpaksa 'menyerah diri' ke hospital selepas menanggung kesakitan di bahagian kiri perut, semalam.
DJ Lin ketika dihubungi berkata, dia kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor. Menurut DJ Lin, dia kemungkinan akan ditahan di wad sehingga Ahad ini.
Klik untuk gambar besar
"Doktor bimbang saya mengalami luka dalam perut, tapi saya harap masalah kesihatan saya ini tidaklah serius. Apapun saya berterima kasih atas kasih sayang semua yang mengambil berat. Saya sangat menghargainya.
Begitu juga jururawat di sini yang menjaga saya serta mengakui pendengar dan peminat DJ Lin. Doakan saya lekas sembuh dan dipermudahkan segala urusan dan hanya Allah dapat balas jasa baik semua," katanya.
________________________
No comments:
Post a Comment