04 November 2022

BEKAS ISTERI DEDAH PU ABU MASIH MENGANGGUNYA & KELUARGA



Menerusi perkongsian di di Insta Story baru-baru ini, bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azra mendedahkan dirinya masih diganggu bekas suaminya itu. Nama PU Abu sekali lagi menjadi bualan ramai selepas pendedahan tersebut.


Hana yang merupakan seorang usahawan itu berkata, dia dan keluarganya masih diganggu meskipun sudah bercerai. Menurut Hana lagi, bekas suaminya itu turut menganggu ahli keluarganya dengan menghantar mesej kepada kakaknya sekaligus mencabar kesarabannya.

Dalam entri itu juga, Hana turut meluahkan rasa hairan bekas suaminya itu masih menganggunya sedangkan sudah bahagia dengan isterinya. Tegas Hana, dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan sisi buruk dan rahsia jika bekas suaminya itu terus menganggunya lagi.

Klik untuk gambar besar



Menerusi satu lagi entri, Hana memberitahu bekas suaminya itu turut mempergunakan adiknya serta mendakwa PU Abu berada di bawah hotel yang didiami Hana ketika mengerjakan umrah.

Untuk makluman, Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Uwais Al-Mateen yang berusia dua tahun. Namun, pada April 2021, Hana menegaskan bahawa dia dan PU Abu bukan lagi suami isteri.

PU Abu turut mempunyai dua cahaya mata lain iaitu Muhammad Adam Asyar, 4 dan Muhammad Aryan 'Afi, 3 tahun, hasil perkahwinannya dengan isteri terkini iaitu Ain Afini.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: