11 November 2022

NADIA BRIAN DITEGUR TAMPIL DENGAN FESYEN BAJU 'TAJAM' DI DADA



Pelakon Nadia Brian baru-baru ini menerusi laman Instagram miliknya ada memuat naik videonya sedang bersiap untuk satu acara. Melihat pada video yang dikongsikan, Nadia telah ditatarias serta mengenakan busana serba merah jambu hasil rekaan Adi Suhaizad.


Bagaimanapun, busana yang dipakai Nadia telah menarik perhatian ramai dimana rata-ratanya kurang senang dengan bahagian dada fesyen baju tersebut yang dikatakan tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada umum.

Rata-rata pengguna laman sosial tampil memberikan teguran kepada Nadia supaya lebih berhati-hati dalam berpakaian serta menyifatkan pelakon itu berani memakai fesyen seperti itu.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa malu melihat pakaian yang dikenakan oleh Nadia. Kata mereka lagi, teguran tersebut diberi hanyalah sekadar untuk memberi peringatan, selain mendoakan agar diberikan hidayah.

Klik untuk gambar besar











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: