22 November 2022

PUTERI SARAH RINDU MASAK UNTUK SUAMI: "BILA DIA PUJI RASA MACAM TAK PERLU BENDA LAIN DAH..."



"Masa PKP, daripada saya tak berapa pandai sangat memasak terus saya jadi macam restoran. Ok hari ni nak makan apa? Saya suka masak ala-ala Kham Heong, Butter Chicken dan perkara tu mengajar saya juga.


"Saya suka bila dia makan, puji masakan saya sedap dan dia habiskan semua lauk. Saya suka sangat. Saya rasa puas hati masak untuk suami. Jadi pada saya perkara itulah yang betul apabila kita masak dengan penuh kasih sayang.

"Bila dia puji kita tu kita rasa macam tak perlu benda lain dah, hanya nak pujian suami. Bila dia puji masakan, perkara itu dah buat hari saya cukup indah.

"Setiap kali sebelum memasak, saya akan selawat dan baca doa 'Ya Allah, bagilah suami saya sayang saya, saya tahu suami penat bekerja' semua saya cakap."

Klik untuk gambar besar



Itulah kata pelakon Puteri Sarah ketika ditemu bual menerusi rancangan Next To Neelofa baru-baru ini dimana dia mengakui rindu meluangkan masa memasak untuk suami tercinta, pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Cerita Sarah, ketika PKP dia suka mencuba pelbagai jenis masakan sehingga dia mahir di dapur. Menurutnya lagi, dia berasa puas apabila suami memuji masakannya dan baginya tiada perkara lain yang diperlukannya. Dalam masa sama, Sarah turut berkongsikan dia turut berselawat setiap kali sebelum memasak.

Apa yang menjadi perhatian, Puteri Sarah dilihat terdiam seketika dan menjawab ya apabila disoal sama ada dia rindukan momen tersebut, Puteri Sarah dilihat terdiam seketika dan menjawab ya.

Terdahulu, Puteri Sarah berkata dia akan tetap meneruskan tindakan saman terhadap wanita yang didakwa menganggu rumah tangganya iaitu Ira Kazar.




________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: