22 November 2022

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-14 - ADAM CORRIE UCAP TERIMA KASIH KEPADA ISTERI BENTUK PERIBADINYA SEBAGAI MUALAF



"Alhamdulillah sudah 14 tahun usia perkahwinan kami. Terima kasih Allah kerana kurniakan bidadari yang baik. Dan terima kasih bidadari saya kerana menerima lamaran saya 14 tahun yang lepas dalam keadaan saya yang baru kenal Islam, seorang selebriti, berlainan bangsa dan budaya.


"Tapi Alhamdulillah bidadari terima saya seadaanya. Malah membantu saya mendalami dan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim dengan baik selepas SAH menjadi suami isteri.

"Alhamdulillah.. atas berkat sabar dan saling ingat mengingati diri saya dalam semua perkara. Jatuh bangun sentiasa bersama memberi sokongan. Semoga Allah SWT memberkati rumahtangga kami sehingga ke Jannah. Aamin Allahumma Aamin. #adamcorrie ❤️ @puan_fazi_fuad," tulis pelakon Adam Corrie sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-14 pada tangga 21 November.

Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Adam menyifatkan isterinya iaitu Fazeema Mohd Fuad, 44, sebagai individu penting dalam membantunya menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim sejak memeluk agama Islam pada 2007.

Klik untuk gambar besar



Adam atau nama penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah, 54, berkata, isterinya yang dipanggil sebagai bidadari itu cukup sabar dan tabah mendidiknya selain menerima dia seadanya.

Tambah Adam lagi, dia juga tidak menyangka isterinya sanggup menerima lamarannya memandangkan perbezaan bangsa, budaya apatah lagi dia seorang mualaf yang baharu memeluk Islam.

Atas sebab itu juga kata Adam, sehingga ke hari ini dia sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan seorang isteri yang baik buatnya.



Dalam pada itu, Adam memberitahu, sudah banyak perkara suka dan duka dilaluinya bersama isteri namun kagum dengan kesabaran bidadari itu dalam melayari bahtera perkahwinan.

Jelas Adam, sikap saling ingat mengingati yang diterapkan dalam rumah tangga mereka juga kunci kekuatan hubungan mereka.

Untuk makluman, Adam memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan Fazeema setahun kemudiannya. Selepas 10 tahun menanti, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Adam Fateh Lee yang kini berusia empat tahun.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: