21 November 2022

"SAYA TAK RASA KECEWA PUN TERSINGKIR SEBAB SAKIT INI DATANG DARIPADA ALLAH, NAK HAPUSKAN DOSA" - FUAD GV9



"Sebenarnya saya sudah tiga minggu tak berapa sihat... mungkin sebab musim orang sakit. Saya alami batuk yang agak lama juga dan tekak memang sakit. Bila dah dapat rasa sebab sakit, dari situ saya dah cuba buat persembahan yang terbaik. Ikutkan Selasa lalu, saya ada ambil suntikan untuk tekak.


"Doktor memang cakap keadaan tekak saya tak berapa baik sebabkan batuk. Sejujurnya saya tak rasa kecewa pun tersingkir sebab sakit ini datang daripada Allah S.W.T, nak hapuskan dosa," itulah ujar peserta Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Fuad Rahman.

Akur tersingkir di minggu separuh akhir GV9 malam Ahad semalam, penyanyi kelahiran Singapura itu mengakui dia berdepan dengan masalah kesihatan sejak tiga minggu lalu dan sedikit sebanyak menganggu persembahannya. Tambahnya, dia ada berjumpa dengan doktor dan mengambil suntikan untuk tekak pada Selasa lalu.

Klik untuk gambar besar



Pada minggu separuh akhir GV9, Fuad yang menyanyikan lagu 'Di Alam Fana Cintamu' (Fotograf) mendapat markah rendah iaitu 58.30% menyebabkan dirinya menjadi peserta yang tersingkir.

Selain Fuad, penyanyi Dina Nadzir yang juga rakan duetnya menerusi lagu 'Boneka' (Ernie Zakri) untuk mingggseparuh akhir turut tersingkir apabila persembahan solonya dengan lagu 'Bukan Dia Tapi Aku' (Judika) mendapat markah 59.20%.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: