21 November 2022

SAMBUT ANNIVERSARY & HARI LAHIR SUAMI - ELYANA DEDAH DIA LAMAR DULU, TULIS "WILL YOU MARRY ME" ATAS KERTAS



Sempena sambutan ulangtahun perkahwinan ke-12 tahun dan hari jadi suaminya, Khairul Anuar Husin yang ke-47, penyanyi Elyana mendedahkan dia yang melamar suaminya untuk berkahwin dengannya.


Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 35, berkata, dia membuat lamaran itu dengan menulis 'will you marry me' di atas kertas yang masih disimpan sehingga ke hari ini.

Malah penyanyi 'Tak Tercapai Akalmu' itu turut menyelitkan kertas tersebut pada kek bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang diadakan pada Sabtu lalu.

"Ini gambar kertas asli yang saya melamar Khairul. Will you marry me?... saya yang melamarnya," kata Elyana yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah video sambutan majlis tersebut di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Menerusi video yang dimuat naik, Elyana pada mulanya membuat prank kononnya dia disuruh menyanyi di majlis sambutan hari lahir anak salah seorang kenalannya.

Namun sebaik dia dan suami melangkah masuk ke dalam dewan, tetamu jemputan menyanyikan lagu selamat hari jadi buat Khairul. Sumai Elyana yang terkejut sempat memberikan ucapan terima kasih buat semua keluarga dan tetamu yang hadir.

Dalam pada itu, Elyana memberitahu, dia sendiri merancang majlis kejutan itu seorang diri hanya dalam tempoh tiga hari dan mengakui perkara itu sangat sukar kerana mereka tinggal serumah dan terpaksa berhati-hati agar kejutan itu tidak diketahui suami.



"Saya rancang majlis ini seorang diri dalam masa tiga hari. Sangat mencabar kerana memang terbatas pengerakan saya kerana duduk satu rumah," ujarnya.

Tambah Elyana, dia percaya membuat orang yang disayangi berasa gembira adalah kunci kebahagiaan diri: "Saya percaya dengan membuat orang yang kita sayang bahagia adalah kunci kebahagiaan untuk diri kita," tuturnya.

Untuk makluman, Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar pada19 November 2010. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sumayyah, 11, dan seorang anak angkat, Ramadhani yang berumur tiga tahun.





























         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: