20 November 2022

RYZAL DURIANKIMCHI DIKECAM 'EDIT' FOTO HITAM PUTIH SEPERTI UCAPAN TAKZIAH



Nampaknya selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim yang terkenal menerusi saluran Youtuber DurianKimchi bersama isterinya, Maryam Younarae itu sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik foto yang didakwa tidak sensitif oleh sebilangan pengguna media sosial.


Dalam hantaran yang dimuat naik sempena Pilihan Raya Umum yang ke-15 semalam, Ryzal telah dilihat menyunting fotonya dalam hitam putih seperti 'foto belansungkawa' orang meninggal dunia. Kebiasaan foto hitam putih itu simbolik jika seseorang yang tersayang atau figura terkenal meninggal dunia.

Dalam foto tersebut, Ryzal mengucapkan selamat mengundi dalam bahasa jawi dan menulis bahawa dia meninggalkan dunia sosial untuk keluar mengundi sambil disertakan fotonya dalam rona hitam putih.

Hantaran tersebut ternyata telah mencetuskan perdebatan dan kritikan dalam kalangan pengguna media sosial. Kata mereka, Ryzal dianggap sebagai tidak sensitif dan tidak perlu membuat lawak seperti itu.

Klik untuk gambar besar



"Saya hormat dan suka content bro tapi kali ini rasanya tak kelakar, ini soal sensitiviti bukan soal baca sampai abis," ujar pengguna media sosial.

Namun begitu, ada juga yang menganggap pengguna media sosial yang menghentam Ryzal mengenai hantaran itu sebagai 'tidak tahu membaca' dan tidak boleh menerima lawak yang sedikit 'berlainan' daripada pensohor media sosial itu.

"Kenapa nak sensitif sangat. Aku ok je baca sampai habis tak rasa offended atau rasa dia melawak pun. Apolahhh," tuturnya.




________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: