20 November 2022

BILA KUKU PANJANG TABBY DOLLA JADI PERHATIAN: "MACAM MANA DIA CELUP?"



Semua sedia maklum mengenai proses mencelup jari ke dalam dakwat kekal sebelum membuang undi menjadi salah satu tanda bahawa seseorang itu telah membuang undi.


Selain itu, jari yang dicelup dalam dakwat kekal turut dipotretkan oleh semua rakyat Malaysia yang telah mengundi sebagai kenang-kenangan, khususnya di platform media sosial.

Tidak ketinggalan, salah seorang anggota kumpulan Dolla, Tabby turut melakukan perkara yang sama. Menerusi akaun Instagramnya, Tabby memuat naik gambar dengan jarinya yang telah dicelup dakwat kekal.

Pada ruangan kapsyen, Tabby menulis: "Dah mengundi ke semua?" tanya Tabby.

Klik untuk gambar besar



Namun apa yang menarik perhatian adalah kuku pada jari telunjuk Tabby atau nama sebenarnya Tabitha Ariel Lam yang kelihatan agak panjang membuat pengguna laman sosial tertanya-tanya bagaimana dia mencelup jarinya.

"Macam mana dia celup?" tanya seorang pengikutnya.

Tabby menjawab: "Celup tiga kali bagi angle dia different," tulisnya yang turut berkongsi sekeping foto bersama keluarganya.

Selain Tabby, anggota Dolla yang lain iaitu Syasya dan Sabronzo turut berkongsi gambar jari telunjuk dengan celupan dakwat kekal tanda sudah mengundi.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: