20 November 2022

"TAK TAHU KENAPA DIA SUKA KERETA INI" - IFA RAZIAH HADIAHKAN ANAK KERETA BMW SEMPENA HARI LAHIR KE-17



"HADIAH BMW 🚗 BUAT AQILI @aqili1911. Buah hati Mama & Papa yg tersayang, senyum dan bahagiamu membuat kami semakin kuat. Kami akan memberikan yang terbaik untukmu. Dengan bertambahnya usiamu, semoga Aqili semakin cerdas dan semakin membuat Mama & Papa bahagia.


"Happy birthday, sayang. Tak terasa Aqili semakin dewasa. Semoga dengan bertambahnya usia, semakin bertambah juga kebaikan dan kebahagiaan yang diberikan untukmu. Mama & Papa berharap semoga aqili menjadi anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasullullah SAW.. Berbakti kepada Mama & Papa dan menjadi sahabat yang baik untuk sahabat2 Aqili..

"Barakallah fii umrik, anakku yg tersayang. Semoga Allah SWT memberikanmu umur yang panjang dan keberkahan dalam hidupmu. Tidak lupa, semoga selalu dilimpahi rezeki yang berkah dan hati yang selalu bersyukur, semoga Aqili menjadi anak yang soleh didunia dan diakhirat. Aamin Ya Rabbal Alamin 🤲.

"Harini (Semalam) 19.11.2022, genaplah usia Anakku ke 17 tahun. ❤️ HAPPY BIRTHDAY TO MUHAMMAD SHAKIR AQILI BIN MOHD YANI 🎂🤲❤️," tulis penyanyi Ifa Raziah menerusi sebuah video dimana dia membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta jenama BMW bersempena sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-17 anak lelakinya iaitu Muhammad Shakir Aqili.

Klik untuk gambar besar



Meskipun remaja itu belum tamat persekolahan dan tidak memiliki lesen memandu, Ifa yang berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di laman Instagram miliknya itu memberitahu kereta jenis BMW 3 Series berkenaan sudah lama menjadi idaman anaknya.

"Kereta ini merupakan kereta idaman Aqili. Saya pun tak tahu kenapa dia suka kereta ini. Terimalah 'birthday boy'. Selamat hari jadi. Sempena hari jadi Aqili yang ke-17 pada 19 November 2022, saya akan menghadiahkan anak saya sebuah kereta," kata Ifa dalam video tersebut.

Sementara itu, di ruangan komen, ramai tidak sangka remaja seperti Aqili meminati kereta jenis sebegitu dan bukannya keluaran edisi baharu.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: