08 November 2022

SAMBUT ANNIVERSARY YANG KE-16 - FAZLEY DEDAH ISTERI PERNAH KEGUGURAN 13 KALI TERMASUK 2 PASANGAN KEMBAR



Penyanyi dan yang juga chef selebriti iaitu Datuk Fazley Yaakob baru-baru ini menerusi laman Instagram telah memuat naik perkongsian kisah suka duka rumah tangganya bersama isteri tercinta, Datin Azrene Soraya, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-16.


Apa yang menjadi perhatian ramai, Fazley mendedahkan isterinya pernah mengalami keguguran sebanyak 13 kali termasuk dua pasangan kembar. Menerusi entri itu, Fazley turut berkongsikan video momen bahagianya bersama isteri.

"WE MADE IT!! 16 years today Adik Sayang!! Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang datang berkali2 BUKAN dari kita berdua, tetapi always dari mereka yang sering mencuba untuk memisahkan kita dan menggoyang masjid yang kita bina selama ini.

"Terlalu besar pengorbanan both of our families to make sure our love is justified with a pernikahan pada 7 November 2006 di Masjid Saidina Umar Al Khattab.

Klik untuk gambar besar



"Thank you Adik Sayang, for all your sacrifices for me big and small, yang abang tahu dan yang abang tak tahu.. Abang hargai every one of it!

"Syukur Alhamdulilah, walau pun berhadapan dengan 13 kali keguguran termasuk 2 pasangan kembar di mana salah satunya kembar anak sulung kita, kini kita berjaya membesarkan 3 anak2 lelaki dan seorang puteri.

"Allah Maha Besar, segala ketentuanNYA takkan mampu sesiapa pun ubah. Happy 16th Anniversary my Adik Sayang! @azrene_ahmad," tulis Fazley.



Perkongsian Fazley itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberi ucapan sempena ulang tahun perkahwinan pasangan itu serta mendoakan rumah tangga mereka diberkati hingga ke syurga.

Sementara itu, isteri Fazley turut memberikan ucapkan sempena hari istimewa itu menerusi Instagram miliknya.

"Happy anniversary, Lobster! 16 years is a long time for those in our generation but baby years for those in the generation before us. Most predicted we wouldn't last, but 16 years in we are still making it past the post- despite anything people or life throws at us.

"Here's to you, the kids & I sticking it to their faces for more years to come! 💪🏼❤️😂😂😂 @fazleyyaakob," katanya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: