08 November 2022

SUDAH SEDAR - ZAMANI MASIH DI ICU BAGI PEMANTAUAN



"Saya dimaklumkan oleh Juliana (isteri Zamani) malam semalam, yang Zamani sudah pun sedar dan minta minuman daripada doktor. Cuma, sekarang Zamani masih lagi ditempatkan di ICU untuk pemantauan lanjut.


"Harapan saya, selepas ini dia lebih sihat dan boleh jalani kehidupan macam biasa, boleh meneruskan karier nyanyian dia. Saya dah tengok lama sangat dia menanggung sakit. Harap-harap selepas buat pembedahan ini, dia okeylah, insya Allah," itulah kata pengurus Zamani, Johan Aziz yang memaklumkan keadaan terkini penyanyi Zamani Slam.

Zamaniatau nama penuhnya Zamani Ibrahim, 51, dimaklumkan sudah sedar, namun masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan doktor selepas selamat menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan di Cheras, petang semalam.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, khabar gembira mengenai keadaan terkini penyanyi lagu 'Gerimis Mengundang' itu dikongsikan isterinya, Nur Juliana Abd Rani kepada bekas pengurus Zamani, Johan Aziz menerusi kiriman WhatsApp.

Johan yang dihubungi berkata, dia amat bersyukur dan gembira dengan perkhabaran itu daripada Juliana yang membalas kiriman mesejnya bagi memaklumkan keadaan terkini Zamani selepas menjalani pembedahan.

Ujar Johan, sudah berbelas tahun juga Zamani menanggung penyakit skoliosis itu kerana dia pernah membawa Zamani membuat pemeriksaan doktor antara 2002 dan 2004 lalu, yang mana ketika itu bengkok masih sedikit.


"Ketika itu, hanya pergi periksa dan doktor beritahu tulang dia bengkok dan kena jaga-jaga. Tak boleh jatuh," tuturnya yang turut memberitahu Zamani juga masih belum dibenarkan menerima pelawat, selain menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan buat penyanyi itu.

Semalam, Zamani difahamkan dibawa masuk ke dewan bedah sekitar jam 8 pagi dan prosedur pembedahan memakan masa hampir tujuh jam seperti yang dimaklumkan pakar perubatan.

Difahamkan juga, tempoh pemulihan Zamani akan mengambil masa antara dua hingga enam minggu. Malah, dia turut memerlukan tempoh selama tiga bulan untuk sembuh sepenuhnya sebelum boleh aktif menyanyi semula.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: