02 November 2022

"SAYA DAH TERLALU MASAK BILA DIKAITKAN MANA-MANA LELAKI" - SHILA AMZAH ANGGAP AMIR MASDI SEBAGAI ADIK



"Saya kenal Amir daripada adik saya… mereka memang kawan yang selalu bermain futsal dan badminton bersama. Umur dia pun lebih muda daripada adik saya. Jadi saya anggap macam adik saja, beza umur pun enam tahun.


"Saya rasa kelakar la bila gosip itu keluar. Tapi kami memang kawan saja. Mungkin untuk Amir sendiri, dia masih muda dan mentah dalam industri ini. Untuk saya sendiri, saya dah terlalu masak bila dikaitkan dengan mana-mana lelaki.

"Benda itu tak jadi masalah untuk saya. Sebab selama mana dalam industri, benda itu adalah asam garam di dalam kehidupan anak seni. Kalau seandainya dikaitkan, saya tak akan melatah. Sebab bagi saya benda itu normal. Kalau benda tu betul, betul la... kalau tak betul pun, kita kena bijak menangani la jangan cepat melatah.

"Bagi saya, media pun hanya jalankan tugas dan kita (anak seni) adalah content... kalau dalam media hiburan, kita ni adalah antara subjek yang besar," itulah kata penyanyi Shila Amzah yang menganggap rakan artis yang juga penyanyi, Amir Masdi seperti adik memandangkan jarak usia penyanyi itu enam tahun lebih muda daripadanya.

Klik untuk gambar besar



Jelas Shila, dia sudah masak dengan gosip sebegitu dan enggan melatah kerana menyedari kehidupan selebriti akan menjadi bahan atau subjek dalam media hiburan.

Malah, peserta Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) itu berpendapat gosip cinta atau dikaitkan dengan mana-mana lelaki adalah perkara biasa dalam dunia seni.

Sebelum ini, penyanyi lagu 'Kau Sakiti' itu dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Shila selepas mereka kerap dilihat bersama. Amir ketika di temu bual mengenai gosip ini, memberitahu dia dan Shila hanya sekadar rakan selebriti yang bermain badminton bersama.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: