02 November 2022

KOMEN DATIN MARLIA MUSA UNTUK TOMOK BUAT PEMINAT BENGANG?



Seperti kita ketahui, penyanyi Tomok telah diberikan tugasan untuk membawakan lagu 'Kenangan Lalu' pada konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) baru-baru ini.


Namun, apa yang menjadi bualan ramai adalah komen yang diberikan oleh salah seorang juri menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengguna laman sosial.

Datin Marlia Musa yang menjadi juri jemputan bagi menggantikan Dato Shafinaz itu menyatakan konsep persembahan Tomok tersebut baik namun dilihat terlalu intense sehingga dia merasa sakit sangat persembahan itu.

Klik untuk gambar besar



"Saya okey dengan konsep ini. cuma saya rasa intense sangat sampai rasa macam, erm, nak pergi mana tomok ni. sakit sangat nyanyian ini. Rasa itu, pada cinta yang dah pergi. Cinta yang dah lari dari hidup dia. Jadi kenapa sampai gila Tomok?" komen Datin Marlia.

Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok New Boys, rata-rata pengguna laman sosial seolah bengang dengan komen diberikan Datin Marlia serta tidak faham dengan komen yang disampaikan.

Dalam pada itu, ada yang berharap Dato Shafinaz segera kembali menjadi juri serta mengatakan ini adalah Gegar Vaganza dan bukan pentas Akademi Fantasia.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: