Pelakon Nabila Huda menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya telah meluahkan rasa syukur apabila memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik menerusi telefilem 'Jeti' arahan Janna Nick, di Anugerah Seri Angkasa yang berlangsung baru-baru ini.
"Dan pertama kali saya dapat trofi dan dapat duit belanja. Rezeki bulan ni memang mind blowing. Anjurkan konsert sold out, dapat pula dinobatkan sebagai pelakon pembantu terbaik. Syukur Alhamdulillah.
"Terima kasih Anugerah Seri Angkasa, juri-juri, RTM sebab memilih Abil sebagai pelakon pembantu wanita terbaik drama untuk tahun ini.
"I memang tak sangka betul, sumpah demi Allah saya tak sangka sebab Abil tercalon dengan mereka yang sangat Abil respect, sayang, semua senior saya, yang Abil bekerja dengan mereka sejak Abil kecil lagI," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
Dalam masa sama, Nabila turut menitipkan penghargaan buat mereka yang tidak berhenti menyokong kerjaya seninya sejak awal hingga sekarang serta tidak akan meninggalkan kerjaya lakonannya sampai bila-bila.
"Terakhir sekali Abil nak cakap terima kasih kepada anda semua, yang sentiasa menyokong saya daripada awal sampai sekarang yang lihat saya bekerja keras untuk karier saya, yang mana boleh rasa kejujuran saya dalam industri ini tanpa ada ada niat lain.
"Saya nak anda semua tahu yang saya sangat cintakan profesion saya ini. Saya terlalu sayang kerjaya saya. Sampai saya mati pun saya takkan tinggalkan kerjaya saya.
"Takkan saya berhenti menjadi seorang pelakon sampai bila-bila, takkan terjadi, saya akan sentiasa membuat perubahan lakonan saya sampai akhir hayat saya, Terima kasih," katanya lagi.
________________________
No comments:
Post a Comment