24 November 2022

WANG NAFKAH ANAK, NASIHATKAN KEKASIH BARU - BEKAS ISTERI TEGAR DIPUJI BERSIKAP 'OPEN MINDED'



Penyanyi Tegar Septian yang sebelum ini mengumumkan perceraian dengan isterinya, Sarah Sheilka pada hujung Jun lalu itu kini dilihat kembali menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita dikenali sebagai Olla Putri Octaviani.


Tegar yang terbuka berkongsi kisah cinta baharunya itu baru-baru ini telah mengadakan sesi siaran langsung di laman TikTok yang turut disertai oleh bekas isterinya.

Dalam sesi tersebut, Sarah berlapang dada menerima teman baharu bekas suaminya itu, selain menitipkan kata-kata pesanan kepada Olla supaya menjaga Tegar. Dalam masa sama, Sarah turut menasihati Olla agar tidak terlalu banyak berkongsi masalah yang boleh mengundang kecaman netizen.

Klik untuk gambar besar



Sarah juga memohon agar Tegar dapat memberi wang nafkah bagi membeli keperluan buat anak mereka, Abidzar Oktaviano Putra Septian

"Sebagai teman, saya nasihatkan tolong bataskan bercakap di Instagram berkaitan kita bertiga. Untuk berjumpa buat masa ini saya belum sedia. Biarlah saya bertenang dahulu.

"Hubungan kita baik sahaja. Kepada Olla tolong jaga Tegar. Kalau Tegar ada wang terus pindahkan kepada ibu saya untuk keperluan anak. Sekarang ini anak lagi banyak keperluan," katanya.



Sementara itu, Sarah sempat menasihatkan Tegar supaya berubah dan sekali lagi menegaskan bahawa perpisahan mereka sebelum ini bukan disebabkan masalah kewangan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kematangan bekas isteri Tegar yang bersikap terbuka tentang hubungan penyanyi itu dan kekasih baharunya.

Untuk makluman, Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: