24 November 2022

PENDARAHAN PARU-PARU SUDAH BERHENTI, BACAAN OKSIGEN 100% - NAD ZAINAL PERLU JALANI RAWATAN BUAH PINGGANG



"Alhamdulillah, oksigen Nad sudah mencecah bacaan 100. Doktor akan cuba kurangkan kuasa bantuan alat pernafasan berkenaan. Satu lagi perkembangan positif, pendarahan pada paru-paru Nad sudah berhenti dan mengering.


"Nad memberikan tindak balas positif kepada ubat diberikan. Cuma doktor bimbang kemungkinan ada jangkitan pada buah pinggang kerana mereka dapati radang pada organ berkenaan.

"Mereka menanti pakar buah pinggang untuk membuat pemeriksaan lanjut," itulah kongsi pelakon Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz mengenai perkembangan terkini rakan artisnya, pelakon Nad Zainal, 32, dimana dia mula menunjukkan perkembangan positif, pagi ini.

Nad yang sebelum ini dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Ampang akibat paru-paru berdarah itu dipercayai mengalami autoimun iaitu keadaan di mana sistem imun menyerang sel atau tisu sendiri.

Klik untuk gambar besar



Ungku Ismail berkata, dia dihubungi hospital yang memberitahu paras oksigen dalam darah Nad sudah mencecah bacaan 100 dengan alat bantuan pernafasan.

Justeru, jelas Ungku Ismail, doktor akan cuba mengurangkan kekuatan alat bantuan pernafasan berkenaan bagi memantau tahap oksigen Nad.

Ungku Ismail yang berada di sisi Nad sejak teman gandingannya dalam drama 'Cina Buta' itu dimasukkan ke hospital, Isnin lalu, memohon orang ramai mendoakan kesihatan ibu kepada dua cahaya mata itu.

"Saya berharap semua orang dapat terus mendoakan Nad. Doakan semuanya okay dan tiada lagi komplikasi," tuturnya.

Sementara itu, pengacara Sherry Al Hadad turut berkongsi keadaan kesihatan Nad yang kini dilaporkan mula menunjukkan perkembangan positif. Perkara itu dikongsikan oleh Sherry kepada beberapa orang rakan artis yang memuat naik perkongsian terkini di laman Instagram mereka.

"Doktor dah hubungi, hari ini semakin baik. Akan dirawat oleh doktor buah pinggang pula sebab terdapat kesan sedikit terjejas. Bagaimanapun hari ini keadaannya lebih elok berbanding semalam. Mesej daripada emak Nad," tulis penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah di Instastory.

Berita Nad jatuh sakit secara tiba-tiba mendapat perhatian ramai rakan artis dan peminat yang tidak pernah putus berhenti mendoakan agar dia kembali pulih seperti sedia kala.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: