24 November 2022

ELLY MAZLEIN TERIMA RAWATAN DI HOSPITAL BUAT PEMINAT RISAU



"Thank you @radiusone_official @budakijat @fazli_radiusone sudi hantar bunga dan ambil berat. Terima kasih sangat-sangat," tulis pelakon dan pengacara, Elly Mazlein pada gambar dirinya menerima buah tangan daripada rumah produksi, Radius One dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin ketika berada di hospital.


Difahamkan, pengacara program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) itu sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Pada masa sama, Elly turut menitipkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang prihatin terhadap keadaan kesihatannya itu.

"Terima kasih juga buat semua kesayangan yang mendoakan Kepom. InsyaAllah semuanya akan okay," tutur Elly yang mesra disapa dengan panggilan Kak Lina Pom Pom itu yang bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai punca dia dimasukkan ke hospital.

Namun, terdapat juga segelintir pihak yang merasakan Elly terpaksa menerima rawatan di hospital disebabkan masalah kecederaan lutut yang dialaminya baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial dan rakan selebriti menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Elly akan segera sembuh daripada penyakitnya itu.

"Ala, kenapa dengan sayang Faz ni? Syafakillah. Semoga lekas sembuh ya," komen pelakon, Fazura.

"Get well soon Kepom. Ghisau daripada hari tu lagi. Rehat naa," balas pengarah, Shahrulezad Mohameddin.



"Kak Lina, nanti GV pakai sandal atau sneakers puk tak mengapa. Kami tak kisah. Untuk kesembuhan kaki Kak Lina," kata seorang pengguna laman sosial.

"Semoga cepat sembuh. Sunyi dunia hiburan tanpa Kak Lina. InsyaAllah akan dipermudahkan semuanya," balas seorang lagi netizen.

"Saya doakan semoga Kak Lina dirahmati Allah dan diberikan kesembuhan, kekuatan, ketabahan, perlindungan dan dipermudahkan segala urusan," komen peminat yang lain pula.

Sebelum ini, Elly memaklumkan lututnya telah terseliuh ketika menjalani penggambaran bagi sebuah projek drama. Malah, ketika mengacarakan konsert mimggu ke-7 GV9, Elly terpaksa menggunakan kerusi roda kerana pergerakan agak terbatas.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: