24 November 2022

"KAMU BERDUA MENYUSAHKAN SAYA... SAYA TIDAK AKAN BERDIAM DIRI DIATAS FITNAH DILEMPARKAN" - LUFYA



"Fitnah itu lebih kejam dari membunuh. Selama ini saya diam dan tidak membela diri di atas apa sahaja kejadian. Saya sabar dan reda. Satu kesedaran yang saya nak kongsikan di sini ialah maruah, nama baik harus kita jaga. Jika tidak ia akan kerap kali berulang. Kita wajib membela diri apalagi jika kita di tempat yang benar.


"Laporan polis yang digembar-gemburkan di media sosial telah dimanipulasikan oleh 2 pihak yang tidak bertanggungjawab ini (tanpa sokongan bukti) bagi menjatuhkan reputasi saya, memalukan dan memfitnah saya. Lufya tidak boleh terima sama sekali.

"Laporan palsu dan fitnah yang kamu lemparkan terhadap saya adalah keterlaluan. Kamu berdua telah menyusahkan saya dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan menganggu tugas saya sebagai seorang ibu tunggal yang bekerja menyara anak. Beberapa minggu ini saya dipanggil berulang kali bagi membantu siasatan polis di Balai Sg. Buloh dan Kota Damansara berkenaan saya menggangu dan memfitnah seorang aktris baru.

Klik untuk gambar besar



"Saya juga dikatakan telah membuat kecoh dan menggangu bekas suami yang juga teman lelaki aktres itu di kliniknya sedangkan saya hanya hantar anak yang sedang demam teringin bertemu dengan ayahnya. Lawatan ke klinik itu adalah secara kebetulan kerana anak ketika itu ke klinik bersebelahan dengan klinik bapanya.

"Saya hanya hantar anak yang terlalu rindu dengan bapanya dan menunggu di luar klinik. Saya telah dilaporkan ke polis oleh bekas suami yang membuat laporan katanya saya telah membuat kekecohan sedangkan perkara itu tidak sama sekali berlaku. (Laporan tanpa bukti, cctv dan sebagainya)

"Saya tidak akan berdiam diri diatas fitnah yang kamu berdua lemparkan terhadap saya. Saya harap pihak berkuasa mengambil perhatian terhadap kes ini kerana saya sudah tidak dapat bertahan lagi dengan gangguan yang diberikan oleh 2 pihak yang tidak bertanggungjawab ini.



"Harini saya ke Majistret Petaling Jaya selepas mendapat surat pemberitahuan dari pihak polis untuk membuka siasatan lebih lanjut. Saya ingin mendapatkan pembelaan tentang kes yang saya anggap jenayah cyber buli,memfitnah, memalukan dan merosakkan reputasi saya dan anak.

"Semoga diberikan kemudahan untuk saya membela diri. Aamin. Sekian," demikianlah kata pelakon Lufya Omar menerusi muat naik di laman Instagram miliknya, dimana dia memaklumkan tidak akan berdiam diri susulan fitnah dilemparkan oleh bekas suaminya, Dr Che Hafiz dan tunangnya, pelakon Julia Farhana.

Nampaknya konflik antara Lufya, bekas suaminya dan Julia masih belum ada kesudahannya lagi. Terkini, Lufya memberitahu dia ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas mendapat pemberitahuan daripada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut berhubung dakwaan fitnah.



Dalam hantran etsrebut, Lufya turut menyifatkan tuduhan fitnah yang dilemparkan terhadapnya keterlaluan serta menjatuhkan reputasi dan memalukan dirinya. Ujarnya lagi, disebabkan fitnah tersebut dia terpaksa berulang-alik ke balai polis selepas dipanggil untuk membantu siasatan sekaligus menyusahkannya dari segi masa, tenaga, wang ringgit serta tugasnya sebagai ibu tunggal yang menyara anak.

Dalam pada itu, Lufya juga menjelaskan tuduhan membuat kecoh dan menganggu bekas suaminya di klinik dengan mengatakan dia hanya membawa anak mereka yang ingin bertemu dengan bapanya. Ujarnya lagi, ketika itu mereka kebetulan berada di kawasan klinik Dr Che Habis dan membawa anaknya Laana Haura bertemu lelaki itu.

Terdahulu, Dr Che Hafiz dan Julia membuat laporan polis terhadap Lufya mendakwa menjadi mangsa fitnah. Julia berkata dia terpaksa membuat laporan polis bagi mempertahankan dirinya. 


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: