29 November 2022

TAK KISAH DAPAT TEMPAT KEENAM - HAZRUL NIZAM ANGGAP GV9 LEBIH KEPADA KONSERT SATU KELUARGA BUKAN PERTANDINGAN



"Tak kisahlah berada di kedudukan ke berapa sebab saya dah buat yang terbaik. Adat pertandingan, apa yang penting saya dapat teruskan buat cabaran rap, itu yang paling gembira sekali. Pada saya, GV9 bukanlah pertandingan tetapi lebih kepada konsert satu keluarga. Kita pun mahukan rakan-rakan artis yang lain cemerlang juga.


"Hubungan kami dalam GV9 ini semuanya sudah dianggap seperti keluarga. Tak disangka juga sebenarnya sebab bila pertama kali bertemu, melihat mereka semuanya artis-artis yang gah," itulah kata penyanyi Singapura, Hazrul Nizam yang tidak kisah mendapat tempat keenam dalam final Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) Ahad lalu.

Pada malam final GV9 kelmarin, Hazrul Nizam yang mendapat markah 69.75 peratus menduduki tempat keenam, manakala kumpulan V.E pula di tempat kelima. Keputusan itu menyebabkan ramai yang tidak puas hati kerana mereka merasakan persembahan Hazrul lebih baik.

Klik untuk gambar besar



Hazrul berkata, dia berpuas hati kerana sudah melakukan yang terbaik dan pencapaiannya itu adalah satu rezeki. Mengulas mengenai GV9, penyanyi yang popular menerusi lagu 'Kaulah Segalanya' itu berpendapat semua peserta sangat ramah dan tidak lokek berkongsi ilmu.

"Semuanya baik, peramah dan tidak lokek ilmu walaupun ini pertandingan, mereka siap bagi nasihat antara satu sama lain. Kasi semangat dan kata-kata peransang, memang dah betul-betul jadi seperti sebuah keluarga. Jadi siapa yang menang saya sendiri tumpang gembira," tuturnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: