29 November 2022

SYIFA MELVIN KENA KECAM - IBU MINTA BERHENTI: "DOAKAN YANG BAIK-BAIK... JODOH PERTEMUAN RAHSIA ALLAH"



Majlis pernikahan personaliti media sosial, Syifa Melvin bersama kekasih hatinya, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid telah pun berlangsung semalam, sekaligus menjawab segala teka-teki netizen.


Bagaimanapun, ada netizen yang kurang senang dengan perkahwinan pasangan itu sehingga ada yang melemparkan kata-kata negatif terhadap adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu.

Susulan itu, ibu Syifa iaitu Robiah Rahman menerusi status di Insta Story telah memuat naik satu entri dimana dia meminta agar orang ramai supaya mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya.

Klik untuk gambar besar



Robiah turut meminta netizen berhenti mengecam anaknya serta mengatakan jodoh pertemuan di tangan Allah dan menitipkan pesanan supaya perbanyakkan istighfar jika rasa tidak puas hati.

Sementara itu, Syifa dilihat turut memuat naik semula perkongsian ibunya itu, selain meluahkan rasa sayang dan mengatakan bahawa soal jodohnya adalah urusan Allah.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: