01 November 2022

TINGGALKAN KOMEN DI IG PELAKON THAILAND - HAEL HUSAINI JADI BUALAN



Penyanyi dan komposer, Hael Husaini baru-baru ini dilihat ada meninggalkan komen di laman Instagram milik pelakon lelaki terkenal Thailand, Gulf Kanawut.


Menerusi komen tersebut, Hael menitipkan pesanan buat Gulf untuk tidak meninggalkan makan malam serta berharap dapat bertemu lagi dengan pelakon Thailand itu.

Difahamkan, mereka berdua bertemu dalam sebuah majlis Onitsuka Tiger yang diadakan di Jepun, baru-baru ini. Komen yang ditinggalkan Hael itu mendapat perhatian ramai apatah lagi ramai yang suka melihat kemesraan terjalin antara kedua mereka.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, ada netizen mendakwa Hael sedang cuba untuk memikat hati Gulf. Malah, ada yang membuat rakaman skrin komen Hael itu dan memuat naik semula di aplikasi TikTok.

Apa pun, mungkin mereka hanya sekadar berkawan baik sahaja dan hubungan yang terjalin hanyalah atas dasar tuntutan kerja.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: