01 November 2022

SAKINAH NAFI BERCERAI TAPI CUMA BERPISAH: "SAYA MASIH CINTAKAN DIA... MANA TAHU KAMI BERSAMA SEMULA"



"Saya tidak cakap segala-galanya sudah berakhir. Cuma saya tidak dapat pastikan sama ada kami akan kembali bersama atau tidak. Saya masih cintakan dia. Cuma buat masa sekarang, lebih baik masing-masing buat hal sendiri.


"Mana tahu mungkin lagi 10 tahun akan datang kami akan bersama semula. Tapi jika saya sudah menemui lelaki lain, bye-bye jawabnya," ujar pelakon Sharifah Sakinah yang menafikan dia sudah bercerai dengan suaminya, Michael Hansen, tetapi sebaliknya mereka hanya berpisah buat sementara waktu.

Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai status rumah tangga Sakinah atau nama penuhnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, selepas pelakon itu mengesahkan bakal berpisah dengan suaminya.

Menerusi laporan Kosmo, Sakinah mengakui masih menyayangi suaminya itu namun mengambil keputusan untuk berpisah kerana sukar untuk menjalani hubungan jarak jauh selepas tiga tahun berkahwin. Selain itu, Sakinah juga menyifatkan suaminya seorang lelaki yang bertanggungjawab.

Klik untuk gambar besar



Menurut Sakinah lagi, dia mahukan cahaya mata bersama suaminya namun disebabkan hubungan jarak jauh tidak boleh berbuat demikian. Tambahan pula, kata Sakinah, suaminya mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak dan bekas isteri yang perlu ditanggung.

"Buat masa sekarang memang kami tidak boleh ada cahaya mata bersama. Ya, saya mahukan anak. Tapi kami tidak boleh memilikinya (anak) kerana faktor hubungan jarak jauh.

"Michael seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab terhadap anak-anaknya yang masih kecil. Tapi dia tidak boleh berpindah Malaysia kerana ada tanggungjawab terhadap bekas isteri dan anak-anaknya di Sweden.



"Kalau Michael berpindah ke sini, dia perlu bawa bersama bekas isteri dan anak-anaknya ke sini. Saya tidak mahu 'drama' itu," jelasnya.

Sakinah turut menjelaskan status perkahwinannya bahawa mereka hanya berpisah dan bukannya bercerai, namun seandainya berjumpa dengan lelaki lain, dia akan meminta cerai.

"Tahun pertama dan kedua, kami survive. Tahun ketiga saya rasa memang rasional untuk kami berpisah sekejap. Bukan bercerai tetapi berpisah (separate). Tetapi kalau saya jumpa lelaki lain, saya akan minta cerai. Sebab saya tak nak nanti ada mulut lain bercakap," tuturnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: