01 November 2022

KEMALANGAN MOTOSIKAL: FAD BOCEY ALAMI KECEDERAAN, KEPALA TERHENTAK - KINI DI BAWAH PEMANTAUN HDU



"Berita buruk, baru duduk minum air selesaikan barang-barang rumah... Fad call dia kemalangan. Dugaan apa ini," demikianlah tutur isteri pelawak dan pelakon dan penyampai radio, Fad Bocey iaitu Nur Syahirah A. Rahman yang terkejut apabila menerima khabar suaminya terbabit dalam kemalangan jalan raya membabitkan motosikal jenis skuter yang dinaikinya.


Menerusi hantaran di laman Instagram isteri, Fad dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di, Shah Alam untuk dirawat di Unit Dependensi Tinggi (HDU - High Dependency Unit) semalam. Malah, suaminya itu juga perlu pemantauan rapi daripada doktor kerana mengalami hentakan di bahagian kepala ketika kemalangan.

"Buat masa sekarang, Fad perlu dipantau di HDU sebab ada hentakan di bahagian kepala untuk pastikan semuanya bagus. Sebabnya, semasa di tempat kejadian, dia muntah. Tapi, Alhamdulillah, dia kuat. Terima kasih yang mendoakan. Semoga kebaikan kalian dibalas Allah SWT," tulisnya.

Syaheera juga turut berkongsi foto bahagian kaki Fad yang cedera dan beberapa rakan mereka juga turut berkongsi foto keadaan skuter yang rosak di beberapa bahagian.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, sahabat Fad iaitu pelawak Achey Bocey juga turut menghulurkan bantuan bagi menguruskan urusan kemalangan selepas menerima berita berkenaan.

Menerusi hantaran Achey di Instagram, dia juga berkongsi keadaan Fad yang sedang terbaring di atas katil semasa menerima rawatan. Meskipun dalam keadaan sakit Fad dilihat masih mampu memberikan senyuman kepada rakannya itu.

"Semoga cepat sembuh sahabat," tulis Achey.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: