13 November 2022

TUNAI JANJI - CHE TA RAI AAISYAH DENGAN 8 KEK SEMPENA BIRTHDAY KE-8



"Lapan tahun, lapan kek," itulah tulis pelakon Rozita Che Wan menerusi laman Instagram miliknya dimana dia menunaikan janjinya untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuan tunggalnya, Aaisyah Dhia Rana yang menginjak usia lapan tahun pada 1 November lalu.


Dalam perkongsian tersebut, Rozita atau lebih mesra disapa lebih Che Ta telah memuat naik momen-momen menarik sepanjang majlis sambutan tersebut yang berlangsung di Lantera Venue pada Sabtu.

Bertemakan merah jambu, majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran saudara mara serta rakan-rakan Aaisyah dan Che Ta. Menariknya, dalam majlis tersebut, terdapat lapan biji kek bersempena usia Aaisyah lapan tahun.

Klik untuk gambar besar



Meninjau di ruangan komen, pengguna laman sosial turut mengucapkan ucapan hari lahir buat puteri kesayangan pelakon drama 'Kiah Pekasam' itu.

Sementara itu, pelakon Mira Filzah turut tidak ketinggalan menitipkan komen dengan secara berseloroh menulis, "MasyaAllah, nanti 18 tahun, 18 kek ke? Happy Birthday Aaisyah."

Sebelum ini, Che Ta memaklumkan dia terpaksa menangguhkan sambutan hari lahir Aaisyah kerana anaknya disahkan positif C0V1D pada 1 November lalu.
















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: