13 November 2022

MASUK HOSPITAL - HANS ISAAC JALANI PEMBEDAHAN BATU KARANG



Selepas mengalami kesakitan akibat batu karang, pengarah dan pelakon Datuk Gerald Hans Isaac, 51 telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada awal pagi Ahad.


Hans yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad memaklumkan beliau akan melalui satu pembedahan di hospital tersebut pada petang tadi.

"Saya masuk hospital jam 3 pagi (Ahad) sebab perut saya terlalu sakit. Isu dia batu karang di dalam perut saya. Jadi saya tidak berapa tahan, memang sakit sampai saya tak larat. Jadi saya masuk hospital di sini.

"Pembedahan pukul enam nanti. Harap-harapnya semua ok, esok boleh balik dan sambung lagi perjuangan saya dengan pasukan saya dan parti saya," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: