13 November 2022

KILAFAIRY DITEGUR PAKAIAN SEKARANG MAKIN KETAT



Semua sedia maklum mengenai pelakon dan penyanyi Kilafairy yang membuat keputusan untuk berhijrah dengan mengenakan bertudung pada Syawal dua tahun lalu. Penampilannya itu mendapat reaksi positif daripada pengguna laman sosial yang suka melihatnya bertudung.


Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini ada cerita tak sedap didengar apabila ada yang kurang senang dengan penampilan Kilafairy sekarang yang dikatakan makin ketat dan tidak sesuai dengan imejnya bertudung.

Baru-baru ini, Kilafairy ada memuat naik beberapa keping gambarnya berada di sebuah acara majlis. Rata-rata pengguna laman sosial berasa kecewa dengan penampilan terkini Kilafairy.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, ada yang mengatakan mereka lebih sukakan penampilan Kilafairy ketika di awal bertudung sebelum ini dimana pakaiannya lebih longgar dan bertudung labuh.

Sementara itu, ada yang mendoakan agar pelakon itu diberikan hidayah dan terus istiqamah untuk menutup aurat dengan sempurna selepas ini.














         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: