19 December 2022

AL-FATIHAH - ATAN FLYBAITS KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada pukul 1.50 pagi Isnin, vokalis kumpulan Flybaits iaitu Atan atau nama sebenarnya Ahmad Osman dilaporkan telah meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 70 tahun di Hospital Singapura.


Berita sedih tersebut dikongsi sendiri oleh anaknya, Rezza Khan, 41, yang memaklumkan Allahyarham bapanya sudah tiga minggu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hopsital berkenaan disebabkan tahap kesihatannya merosot.

"Memang sudah tiga minggu arwah berada di ICU. Keadaannya tidak stabil selain jantung lemah dan paras oksigen juga tidak menentu. Kami sekeluarga sangat terkejut kerana sehari sebelum meninggal keadaan arwah kembali stabil.

"Tiba-tiba sahaja paras oksigen jatuh secara drastik dan jantung juga semakin lemah sebelum menghembuskan nafas terakhir," jelas Rezza yang turut memaklumkan jenazah bapanya selamat dikebumikan di Pusara Abadi, Singapura sekitar pukul 4 petang.

Klik untuk gambar besar



Bercakap tentang perjalanan karier arwah, Rezza menyifatkan bapanya sebagai seorang pencinta muzik yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu dengan orang ramai. Malah lebih 10 tahun Atan terlibat mengajar muzik secara percuma kepada komuniti setempat dan kanak-kanak.

"Dia seorang yang sangat sukakan muzik. Memang sudah tidak banyak terlibat dengan persembahan berskala besar, namun dia aktif mengajar muzik secara percuma kepada komuniti.

"Dia juga sempat merakamkan lapan buah lagu genre ketuhanan bersama beberapa orang artis dari Singapura dan Indonesia tahun lalu," ujarnya.

Untuk makluman, Atan merupakan salah seorang vokalis Flybaits selain Fredo dan kumpulan ini popular dengan lagu-lagu seperti 'Kasih Berubah' dan 'Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta'. Selain bertindak sebagai vokalis, Atan juga merupakan pemain trumpet dan keyboard bagi kumpulan tersebut.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: