Program All Together Now Malaysia musim ke-2 (ATNM2) yang baru memasuki minggu kedua itu nampaknya sudah ada cerita tak sedap didengar apabila salah seorang peserta menjadi bualan kerana dikatakan bersikap biadab dan tidak menghormati para juri.
Menerusi video tular itu, peserta remaja berusia 16 tahun itu menjawab dengan kata-kata sinis apabila ditanyakan oleh salah salah seorang jurinya iaitu Catriona Ross. Remaja itu dilihat angkuh menjawab soalan daripada Catriona serta seolah turut membuat mimik muka.
"Mestilah minat, kalau tak buat apa I bawa," kata remaja tersebut apabila reaksinya itu kurang disenangi juri lain termasuk komposer terkenal, Ajai dan Datuk Shafinaz Selamat.
Klik untuk gambar besar
Susulan itu, Catriona bertindak menegur dan memberikan nasihat kepada gadis tersebut di belakang pentas bahawa attitude atau tingkah laku seseorang itu melambangkan siapa diri individu tersebut.
Tindakan Catriona itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang yang memuji pelakon itu yang memberikan nasihat dengan lemah lembut tanpa menjatuhkan peserta terbabit.
________ IKLAN ________
JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.
Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.
Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment