19 December 2022

KENA MAKI DEK 'BINGIT' KENDALI MINGGU PERTAMA 'FAMILI DUO' - INI JELAS JANNA NICK



"Bingit itu memang saya akui kesilapan saya sebab pada awal program mikrofon saya ada masalah... saya sendiri tak dapat dengar suara saya. Bila saya tak dengar, saya anggap orang lain pun sama tapi bila produksi tukar mikrofon barulah okay.


"Saya sebagai pengacara apabila mikrofon tak berfungsi, kita cuba untuk bercakap kuat, tapi bila baca komen orang cakap kuat, baru saya sedar mikrofon saya ada masalah tapi bila tukar dah okey."

Demikian kata pelakon Janna Nick yang menjelaskan dia melontarkan suara dengan kuat kerana berdepan masalah teknikal apabila mikrofon miliknnya mengalami masalah.

Sebelum ini, Janna teruk dikecam pengguna laman sosial yang tidak berpuas hati dengan cara dia mengendalikan program Famili Duo minggu pertama yang berlangsung pada malam Ahad.

Klik untuk gambar besar



Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, berkata, dia mengaku kesilapannya yang mengeluarkan suara agak kuat semasa mengacarakan program berkenaan selain masih mencari keserasian dengan rakan gandingannya, Sean Lee.

Dalam pada itu, mengulas dia kerap memotong komen juri sehingga ada mengelarnya biadab, Janna berkata, dia hanya menjalankan tanggungjawab bagi bertindak mengawal program itu agar ia tidak melebihi masa.

Ujar Janna, orang luar tidak memahami tugas tersebut yang memerlukan dia mengambil watak 'jahat' untuk memotong ketika juri sedang memberi komen.



"Kita faham juri mahu berikan komen terbaik agar peserta dapat memperbaiki persembahan... kalau program ini lima jam saya akan biar apa juri nak kata, tapi macam tadi kita dah terambil 15 minit sehingga ada persembahan yang terpaksa ditolak.

"Saya selalu dapat watak jahat, saya akan ambil watak itu dan terpaksa potong serta menyampuk komen juri. Tak apalah biar orang nak kata apa... Janna Nick menyampuk... Janna Nick potong cakap juri... saya terima teguran itu dengan hati yang terbuka.

"Saya juga menjalankan tanggungjawab saya sebagai pengacara di mana acara ini berlangsung selama dua jam.Saya tak ambil hati dengan komen mereka kerana orang yang komen tidak ada dalam situasi kita di atas pentas.

"Kita tak boleh nak sakit hati dengan komen dia orang. Kalau dia orang tak suka tak apa... Insya Allah minggu depan saya bagi yang lebih baik," katanya lagi.

Sementara itu, Janna dalam masa sama turut menyangkal dakwaan dia cuba meniru gaya pengacaraan Elly Mazlein sebaliknya menuruti permintaan penerbit.

"Ini adalah permintaan penerbit bukan saya nak jadi Kak Lina Pom Pom (Elly Mazlein). Saya tidak study cara Kak Lina mengacara, tapi ini adalah pemintaan penerbit yang mahu saya seratus peratus mewakili peserta dan saya bersuara untuk peserta.

"Jadi saya memang kena lawan juri terutama apabila ada kata-kata yang agak melampau pada peserta, saya kena suarakan. Saya sebagai orang yang dibayar gaji perlu tonjolkan apa itu DNA Famili Duo memandang musim kali ini lebih serius," kongsinya.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: