19 December 2022

BILA 'CIK MAN' BUAT HAL KETIKA BERGAMBAR DI MAJLIS KONVO ANAK



Baru-baru ini, anak perempuan kepada pelakon veteran Kamarool Yusoff iaitu Nur Najihah Kamarozaman baru sahaja menamatkan pengajian peringkat sarjana muda di Universiti Sains Malaysia (USM) pada Jumaat lalu.


Namun apa yang menarik perhatian adalah aksi pelakon veteran yang berusia 64 tahun itu ketika mengambil gambar bersama anaknya apabila dia membuat gaya watak Cik Man dalam filem 'Rock Oo!'.

Menerusi perkongsian gambar tersebut, Kamarool memakai baju batik berwarna merah sambil membuat pose ikoniknya iaitu meletakkan tangan ke arah bibir yang dimuncungkan ketika menghadiri Majlis Konvokesyen USM di Pulau Pinang.

Klik untuk gambar besar



Pengguna laman sosial yang tercuit hati dengan foto tersebut memberitahu pelakon yang pernah popular menerusi filem 'Gila-Gila Remaja' itu memang masih tidak move on dengan gaya tersebut sehingga gambar bersama keluarga turut menjadi 'mangsa'.

"Ayah memang tak boleh move on dengan gaya macam itu ya, walaupun gambar konvokesyen bersama keluarga." - "Gaya ayah akak paling mantap dalam majlis semalam dengan gaya bergambar watak Cik Man," antara komen-komen pengguna laman sosial.

Dalam pada itu, Najihah, 24, menerusi kapsyen gambar tersebut memberitahu selain menerima ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Kemasyarakatan, dia juga berjaya menamatkan latihan Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS).

"Selepas empat tahun, akhirnya berjaya juga sarungkan jubah konvo ungu ini. Alhamdulillah dua sijil dalam masa belajar iaitu Tauliah SUKSIS dan ijazah sarjana muda," tulisnya.

Sementara itu, pengikutnya turut mengucapkan tahniah atas kejayaannya malah ada yang sempat mengusik watak Cik Man dalam filem Rock Oo!

"Tahniah anak Cik Man. Semoga terus berjaya dan banggakan ibu ayah." - "Walaupun Cik Man dah tipu Rimba Bara tapi Cik Man berjaya didik anak sampai ke tahap ini. Tahniah," kata beberapa pengguna laman sosial.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: