19 December 2022

SHILA AMZAH TAMPIL LAGU TERBARU: "DIA (BEKAS SUAMI) SEPATUTNYA BERBANGGA SEBAB SIAPA LAGI NAK TULIS LAGU PASAL DIA"



Penyanyi Shila Amzah kini tampil dengan single terbaru berjudul 'Jauh Hati' yang telah dilancarkan di Youtube pada 16 Disember lalu. Kata Shila, lagu tersebut mengisahkan mengenai pengalamannya bercinta dengan beberapa lelaki yang diluahkan dalam single berkenaan.


Dalam pada itu, Shila atau nama sebenarnya turut mendedahkan semua hubungan cinta yang dilaluinya memberikan pengalaman buruk buat dirinya.

"Lagu ini bukan tentang 'ex' (bekas suami) tetapi yang kemudian-kemudiannya juga. Perhubungan saya sebelum berkahwin dan bahkan selepas berkahwin (tapi enggan cerita lebih tentang itu), semuanya memberikan pengalaman buruk," ujarnya

Ditanya pula ada kemungkinan bekas suaminya iaitu Haris Idraki, kurang senang dengan ciptaan lagu tersebut dimana ia turut menyentuh tentang kegagalan rumah tangga mereka, Shila berkata bekas suaminya sepatutnya merasa bangga.

Klik untuk gambar besar



"Tak adalah. Takkan dia nak rasa tak puas hati. Mungkin dia kena Google banyak-banyak kalau nak dengar lagu ini. Dia sepatutnya berbangga sebab, siapa lagi nak tulis lagu pasal dia. Sudah-sudahlah nak sentap. Dah berakhir dah pun (perkahwinan).

"Saya sangat terbuka dan tiada benda yang membuatkan saya rasa takut lagi. Dia (bekas suami) tahu saya macam mana dan dia tahu yang saya memang menulis. Sesiapa yang bersama saya patut tahu fakta tersebut," katanya.

Tambah Shila, mereka yang mengenali dirinya terutama orang terdekat tahu apa yang terjadi sehingga perkahwinannya dengan bekas suami berakhir.



"Akan ada lagu tentang anda, kalau anda buat sesuatu. Saya harap dia faham. Famili dia tahu. Mereka semua tahu apa yang benar-benar terjadi. Melainkan tiada siapa tahu apa terjadi sebelum ini dan tiba-tiba lagu ini keluar, itu mungkin saya kena terangkan. 

"Jadi, disebabkan ramai tahu apa yang terjadi (sehingga kami bercerai), saya tak rasa benda ini akan jadi isu," tuturnya

Kongsi Shila lagi, lagu 'Jauh Hati' itu ditulis oleh penyanyi itu sebelum dia meninggalkan rumah bekas suami bersama anaknya, Seth Uwais.

Untuk makluman, Shila sah bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Seth Uwais kini berusia 3 tahun.



________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: