19 December 2022

"SAYA TUJUKAN VIDEO ITU PADA DIRI SENDIRI..." - SHERRY ALHADAD MOHON MAAF, TIADA NIAT



"Ramai yang tahu saya adalah duta produk untuk mengurangkan berat badan. Effort (usaha) saya ialah dengan ambil produk itu dan dalam masa sama pergi ke gimnasium atau buat senaman ringan.


"Jadi, video itu dirakamkan untuk beri penjelasan yang saya berjaya turunkan berat sebab kombinasi mengambil produk dan juga senaman. Apapun, saya ingin memohon maaf atas kenyataan saya jika ada mana-mana pihak yang terasa.

"Kekhilafan saya sendiri yang tidak melihat dan menggunakan perkataan yang betul ketika buat kenyataan di dalam video itu. Namun, saya tak pernah naik status atau beri pandangan terhadap sesiapa yang buat pembedahan bariatik.

Klik untuk gambar besar



"Kalau ada orang tanya, sebenarnya saya akan jawab terpulang kepada individu. Setiap orang ada pendapat dan cara masing-masing. Saya juga akan jawab tak buat pembedahan itu (bariatrik), tapi terpulanglah kepada mereka untuk pilih kaedah atau cara sendiri bagi menurunkan berat badan.

"Saya tujukan video itu pada diri sendiri bagi menjawab persoalan yang orang lain tanya. Itu saja. Tidaklah saya nak cuba kritik orang yang buat pembedahan itu. Tiada langsung niat saya nak buat begitu."

Itulah kata pelakon dan pengacara Sherry Alhadad, 38, yang memohon maaf terhadap mana-mana pihak yang terguris hati dengan kenyataannya menolak pembedahan bariatik yang dikatakan 'jalan pintas' untuk kurus sekali gus tular di media sosial, baru-baru ini.

Jelas Sherry, dia tidak berniat menyakiti hati sesiapa pun dan memaklumkan ia sama sekali tidak ditujukan kepada sesiapa. Ini kerana tujuan merakamkan video berkenaan sekadar untuk menjawab soalan-soalan yang diterima di TikTok, Instagram dan individu yang ditemuinya sebelum ini.

Kata Sherry lagi, meskipun begitu, masih terdapat juga pihak yang mengatakan berat badannya turun kerana membuat pembedahan bariatik. Dalam pada itu, Sherry turut mengakui penggunaan ayatnya dalam video terbabit dirasakan tidak sesuai sehingga ada pihak yang berkecil hati.

Sebelum ini, penyanyi Datuk Aishah tampil menegur Sherry kerana kenyataannya itu dan mengaku terasa hati dengan apa yang dikongsikan selebriti berkenaan mengenai pembedahan bariatrik.


________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: